Salam satu malaysia. Kami sekumpulan belia celik yang menulis hanya berdasarkan fakta dan sila tuding jari pada diri sendiri jika setiap apa yang ditulis terkena batang hidung masing-masing. Kebenarannya kami hanyalah penulis amatur dari UNIVERSITI UTARA MALAYSIA yang membuat tugasan untuk subjek BAHASA MELAYU PENGURUSAN.

Saturday, August 28, 2010

KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN



Disini ditekankan bahawa keruntuhan institusi kekeluargaan pada zaman globalisasi ini merupakan punca utama berlakunya peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak dimana wujudnya masalah seperti masalah kewangan serta pergaduhan atau penceraian.


Hal ini demikian kerana apabila timbulnya masalah tersebut maka ianya akan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak dalam institusi keluarga tersebut. Ibu bapa yang mengalami tekanan akan mencari alternatif bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka dan kebiasannya anak-anak akan menjadi tempat bagi mereka melepaskan tekanan mereka. Mereka akan melepaskan tekanan mereka dengan pelbagai cara sama ada dengan memukul atau menyeksa anak-anak yang tidak berdosa. 

Apabila hal ini berlaku maka anak-anak yang diseksa akan mengalami masalah tekanan emosi yang melampau  serta trauma dengan apa yang telah dihadapi oleh mereka sehingga mempengaruhi proses tumbesaran mereka. Perkara ini akan menyebabkan mangsa yang didera akan membesar dalam keadaan emosi yang tidak stabil serta menyimpan dendam dengan apa yang telah menimpa mereka pada masa lampau mereka. Apabila selalu dibayangi oleh masa lampau mereka yang kelam,ia akan memberi tekanan terhadap mereka. 

Maka mereka akan turut mengaplikasikan apa yang telah menimpa diri mereka terhadap orang lain sama ada kanak-kanak lain atau anak-anak mereka sendiri. Hal ini demikian kerana,apabila mereka mengaplikasikan apa yang telah dialami oleh mereka terhadap orang lain maka  ianya akan menimbulkan kepuasan di hati si pelaku. Bagi mereka,dendam masa lampau mereka akan terbalas setelah mereka melakukan apa yang telah dihadapi pada zaman kanak-kanak mereka terhadap kanak-kanak lain mahupun anak-anak mereka sendiri.

Disediakan oleh :-

No. Matrik : 205003
Kursus : Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa

6 comments:

budaya said...

keruntuhan institusi keluarga ini mmg punca utama dan penjelasan yang diberikan jelas.

layari blog kami kumpulan C21 di http://www.budaya21.blogspot.com

AKUSOSIAL said...

terima kasih atas pandangan anda :)

Cinta Kepada Manusia said...

setiap pasangan yang berkahwin perlu tahu tujuan suatu perkahwinan itu terjadi.

ikuti kami di http://cintakepadamanusia.blogspot.com

Anonymous said...

ibu bapa harus mengawal emosi dan tekanan mereka dengan baik agar kanak-kanak tidak lagi menjadi mangsa sedangkan mereka adalah tidak berdosa.

Anonymous said...

sila layari blog kita cintanegarabangsa.blogspot.com
terima kasih =)

Unknown said...

artikel yang baik saifullah!:)

Post a Comment