Salam satu malaysia. Kami sekumpulan belia celik yang menulis hanya berdasarkan fakta dan sila tuding jari pada diri sendiri jika setiap apa yang ditulis terkena batang hidung masing-masing. Kebenarannya kami hanyalah penulis amatur dari UNIVERSITI UTARA MALAYSIA yang membuat tugasan untuk subjek BAHASA MELAYU PENGURUSAN.

Saturday, August 28, 2010

APAKAH PENDERAAN KANAK-KANAK ?

Penderaan kanak-kanak sering digambarkan dengan penderaan fizikal seperti perlakuan yang menyebabkan kecederaan serius. Walau bagaimanapun, penderaan sebenarnya turut melibatkan emosi kanak-kanak tersebut.


Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang atau alat-alat lain sebagai hukuman. Mendera pula bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi dan penderaan membawa maksud melakukan perbuatan mendera.


Di Malaysia, penderaan kanak-kanak mendapat perhatian akhbar, majalah tempatan dan media massa. Masalah ini semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan yang berterusan.

Penderaan kanak-kanak bukan satu masalah sosial yang baru. Ia melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Pada zaman jahiliyah di Timur Tengah, bayi perempuan ditanam hidup-hidup atau dijual sebagai hamba. Pada zaman revolusi industri di Eropah, kanak-kanak dari golongan miskin bekerja sebagai buruh murahan dan dipaksa bekerja sebagai buruh di lombong arang batu dan kilang. Pada zaman moden, keadaan ini tetap berterusan dan berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal, mental dan seksual.
( S. Gunasegaran a/l Shanmugam, 1988 )

Disediakan Oleh :-


Nama : Siti Aisyah Binti Mohd Sobree

No. Matrik : 204744
Kursus : Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa



KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN



Disini ditekankan bahawa keruntuhan institusi kekeluargaan pada zaman globalisasi ini merupakan punca utama berlakunya peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak dimana wujudnya masalah seperti masalah kewangan serta pergaduhan atau penceraian.


Hal ini demikian kerana apabila timbulnya masalah tersebut maka ianya akan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak dalam institusi keluarga tersebut. Ibu bapa yang mengalami tekanan akan mencari alternatif bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka dan kebiasannya anak-anak akan menjadi tempat bagi mereka melepaskan tekanan mereka. Mereka akan melepaskan tekanan mereka dengan pelbagai cara sama ada dengan memukul atau menyeksa anak-anak yang tidak berdosa. 

Apabila hal ini berlaku maka anak-anak yang diseksa akan mengalami masalah tekanan emosi yang melampau  serta trauma dengan apa yang telah dihadapi oleh mereka sehingga mempengaruhi proses tumbesaran mereka. Perkara ini akan menyebabkan mangsa yang didera akan membesar dalam keadaan emosi yang tidak stabil serta menyimpan dendam dengan apa yang telah menimpa mereka pada masa lampau mereka. Apabila selalu dibayangi oleh masa lampau mereka yang kelam,ia akan memberi tekanan terhadap mereka. 

Maka mereka akan turut mengaplikasikan apa yang telah menimpa diri mereka terhadap orang lain sama ada kanak-kanak lain atau anak-anak mereka sendiri. Hal ini demikian kerana,apabila mereka mengaplikasikan apa yang telah dialami oleh mereka terhadap orang lain maka  ianya akan menimbulkan kepuasan di hati si pelaku. Bagi mereka,dendam masa lampau mereka akan terbalas setelah mereka melakukan apa yang telah dihadapi pada zaman kanak-kanak mereka terhadap kanak-kanak lain mahupun anak-anak mereka sendiri.

Disediakan oleh :-

No. Matrik : 205003
Kursus : Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa

PENGARUH MEDIA MASSA


Malaysia pada masa ini sedang membuat persediaan untuk mengambil tempatnya di antara negara-negara maju. Wawasan 2020 sudah diisytiharkan dan semua jentera kerajaan dan swasta dikatakan bergerak menuju ke arah tersebut. Kerajaan sentiasa mendorongkan semangat, fikiran dan tenaga rakyat Malaysia ke arah tersebut.  Namun begitu disamping menjadi sebagai alat komunikasi dengan audiens, media massa seperti televisyen telah memberi impak negatif yang begitu jitu dalam diri  audiens.



Hal ini kerana, program yang ditayangkan adalah terlalu berunsurkan keganasan dan lucah. Ini menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak secara kekal atau seksual dek kerana si pelaku penderaan itu sudah terpengaruh dengan adegan yang dipaparkan melalui media massa yang mana sepatutnya media massa merupakan alat penyebar informasi yang berunsurkan positif.  Banyak kajian dijalankan terhadap program televisyen yang dikatakan boleh membawa kepada kelakuan ganas individu. Selain itu, aspek negatif televisyen yang lain ialah ia mengukuhkan stereotaip. Stereotaip bermaksud mewujudkan imej yang kurang tepat dan tidak adil mengenai individu, budaya dan agama dan dibuat secara berulang-ulang. 

Disediakan oleh :-

Nama : Wan Zulaikha Binti Wan Hanafi
No.Matrik : 204656
Kursus : Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa

TRAUMA BERPANJANGAN

Pelbagai kesan negatif boleh berlaku apabila kanak-kanak menjadi mangsa deraan emosi.  Kesan negatif ini boleh timbul dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kesan yang timbul, sama ada dalam bentuk perubahan tingkah laku atau salah laku atau gangguan emosi, biasanya tidak mudah dikenal pasti. Hanya dengan penelitian setiap kes secara halus dan terperinci melalui pengambilan sejarah (Kasmini 1993) yang teliti boleh membantu seseorang mengesyaki atau mengesahkan wujudnya kaitan antara masalah tingkah laku yang ditunjukkan dengan deraan emosi yang dialami oleh kanak-kanak.  Ianya menyebabkan  kanak-kanak mengalami ganguan psikiatri iaitu kemurungan dan menjadi pendiam. 





Selain itu kanak-kanak juga akan mengalami ganguan negatif lain seperti masalah tingkah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan cuba untuk membunuh diri melalui pelbagai cara.  Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak mengalami trauma yang serius sehingga sentiasa terbayang peristiwa yang berlaku ke atas diri beliau.  Jika penderaan dilakukan berterusan boleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangan sehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi Jika pembentukan sahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa nanti.

Disediakan oleh :-

Nama : Mohamad Adnam Bin Zakaria
No. Matrik : 204751
Kursus : Sarjana Muda Pengurusan Awam


KESAN SAMPINGAN


Gambar atas merupakan contoh penderaan kanak-kanak.  Jika perkara sebegitu kian berlaku dalam kalangan masyarakat kita,kesan sampingan seperti kecederaan akan berlaku. Akibat penderaan terutamanya dari segi fizikal mangsa akan mengalami kecederaan seperti kesan lebam di badan.Mangsa turut akan mengalami kecederean dalaman seperti pendarahan dalaman(internal bleeding) dalam badan seperti pada jantung, otak dan lain-lain. Dan ini ialah contoh gambar kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak yang telah didera.


Kesan sampingan yang lain ialah kekurangan keyakinan diri dimana mangsa tidak dapat menyesuaikan diri di mana-mana jua terutamanya di sekolah dan mereka akan selalu mengasingkan diri mereka dari bergaul dengan khalayak ramai. Akibatnya,secara tidak langsung mereka akan kehilangan keyakinan diri serta selalu berada dalam keadaan takut dan tersisih. Hal ini menyebabkan juga generasi seterusnya akan menjadi mangsa. Menurut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Polis tahun 2008, dilaporkan bahawa kebanyakan pendera yang mendera kanak-kanak turut pernah menjadi mangsa penderaan pada masa kanak-kanak mereka.

Disediakan oleh :-
Nama : Yogeni Diviya a/p Muniandy
No.Matrik : 204988
Kursus : Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa

BUKTI PENDERAAN KANAK-KANAK

SITUASI 1 :





KEJADIAN : Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu.


LOKASI : Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali


SITUASI 2 :




KEJADIAN : HILANG DAN DIJUMPAI MATI DIBUNUH
TARIKH : 8 OGOS 2007 - HILANG , 27 HARI KEMUDIAN DIJUMPAI DIBUNUH
LOKASI : PASAR MALAM SEKSYEN 1,WANGSA MAJU - HILANG , MAYAT DIJUMPAI lot kedai di 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya


SITUASI 3 :

KEJADIAN : STATISTIK KES PENDERAAN KANAK-KANAK
TARIKH : DARI TAHUN 2005-2007
LOKASI : MALAYSIA


Gambar-gambar sampingan bukti adanya kes penderaan kanak-kanak.

 
Disediakan oleh :-

Nama : Mohd Fakrulrazi Bin Mohamed Dahan
No.Matrik : 204682
Kursus : Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG


Cara mengatasi masalah penderaan kanak-kanak boleh dilakukan dengan menguatkuasakan tindakan undang-undang. Tindakan ini dapat dibuat dengan memberi hukuman penjara kepada ibu bapa atau hukuman sebat. Hukuman ini sedikit sebanyak akan menyedarkan ibubapa tentang pentingnya kanak-kanak sebagai modal insan negara. Ibubapa yang menjalani hukuman haruslah dipisahkan daripada anak-anak mereka supaya anak-anak tidak mendapat trauma. Melalui kaedah ini juga ibubapa akan merasa bersalah dan berkemungkinan akan menyedari kesalahannya apabila mereka merindui anak-anak mereka. Tindakan yang berat juga harus dikuatkuasakan oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab seperti hukuman gantung sampai mati. Hukuman ini setimpal bagi ibubapa yang melakukan penderaan yang mengakibatkan kematian kepada kanak-kanak yang didera. Hukaman ini akan memberi pengajaran kepada si pelaku penderaan tentang kepentingan menjaga anak-anak mereka. Oleh itu, tindakan undang-undang harus dilakukan terhadap ibubapa yang tidak berperikemanusiaan supaya dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan anak-anak mereka.

Disediakan oleh :-

Nama : Ahmad Syazani Bin Hussin
No.Matrik : 204745
Kursus : Sarjana Muda Pengurusan Awam

RUMUSAN DARI KES PENDERAAN KANAK-KANAK


Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji dan dilarang keras oleh semua pihak.  Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Tuhan yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu didedahkan dengan perkara yang ganas seperti penderaan ini sejak dari kecil, maka tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa kelak. Anak-anank merupakan penerus generasi.  Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah ia akan membawakan banyak masalah kepada pihakyang terlibat. 

Disediakan oleh :-

 Nama : Lim Kai Nan
No.Matrik : 204740
Kursus : Sarjana Muda Ekonomi